POSTING SUKA SUKA


Photobucket


Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka 
bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, 
dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak 
lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.


Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak 
lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita 
ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.


Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur 
segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik 
untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.


Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai 
kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak 
tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip 
mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang 
bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.



:* Gorgeous witty author : Senorita Bella