WOMEN EXCITERS HEAVEN MAN


Photobucket


Heyy blink blink wink abelibadi ;
bulan bulan  puasa ini mestilah nak cakap benda benda
yang baik baik kan .Tambah pahala puasa kita. Dengan 
sukacita aku nak kongsi sikit something yang amat penting 
untuk seorang wanita . TAKE A NOTE !


Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. 
Yang akan membahagiakan cinta didalam rumah tangga.
Namun wanita jua lah yg menjadi punca kepada kerosakan 
dan kemusnahan dalam rumah tangga. 



Wanita Idaman Lelaki Sifat Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

Wanita Penyeri Syurga Lelaki :

1. Lelaki Suka Sifat Wanita Kelihatan Cantik

Perkara yang paling asas untuk wanita adalah ia perlu 
kelihatan cantik. Apa? CANTIK. Kalau seseorang itu 
merasa cantik dalam dirinya InsyaAllah dia akan
 kelihatan cantik. Ini bukan perasan atau syok sendiri 
tapi ini adalah yakin dengan ketentuan Allah. Walaupun 
mungkin hidungnya besau, hidung tak tinggi tapi kemik.
 Tapi oleh kerana ini adalah ciptaan Allah mesti ada sebab 
ada hikmah. Ingat Bukan perasaan tapi nak menghayati ciptaan 
Allah yang penuh kesempurnaan ini yang kita tak sedar diri ini.
2. Lelaki Suka Sifat Wanita Keanak-anakan

Percayalah bahawa wanita yang ada sifat keanak-anakan 
dapat menarik hati orang lelaki. Sebab sifat lelaki ini dia nak 
menjadi hero, nak membela. Orang lelaki ini dia nak 
macho. Dia nak menjaga, membela, mengawal, membimbing 
dan juga melindungi wanita. Tapi wanita itu bukan umur 
budak-budak. Tapi umurnya besau macam Heliza Helmi kita 
tuh. Kan comel? betul? Sesekali macam budak tadika
 apasalahnya kan. Tapi ingat jangan terlalu over nanti nampak
 macam orang gedik pula. 
3. Lelaki Suka Sifat Wanita Berakhlak

Sudah semestinya semua lelaki di luar sana suka akan sifat 
wanita yang berakhlak. Sopan santun, ada sifat-sifat wanita 
timur. Jangan orang timur nak buat perangai macam sikap
 orang barat. Ingat! Orang barat pun tertarik dengan wanita
 timur okay. Tapi malangnya ada juga orang timur yang tertarik 
dengan wanita barat. HAHA, memang pun. 
4. Lelaki Terpikat dengan Wanita Beragama

Tanyalah mana-mana lelaki luar siapa taknak wanita 
yang beragama ? Tanya si Shark dalam KL Gangster pun dia 
nak Wanita Beragama. Wanita yang beragama ini adalah patut 
perintah Allah. Solat 5 Waktu dan sebagainya dan yang paling 
penting menjaga aurat di tubuhnya hanya untuk seorang Suami :)
5. Lelaki Terpikat dengan Wanita bijaksana

Bijaksana merupakan salah satu sifat-sifat wanita yang 
menjadi idaman lelaki iaitu pandai. Tapi ingat lelaki 
menolak wanita yang menunjuk-nunjuk kepandainnya. Kalau 
tak tahu cakap saja tak tahu jangan buat kepala tahu. Lumrah 
orang lelaki memang suka tengok wanita cantik yang 
seksi tapi nak jadikan isteri bukan jadikan girlfriends untuk 
jadikan isteri lelaki tertolak, menyampah melihat perempuan 
yang seksi mengada ngada yang mempamerkan keseksiannya. 
6. Lelaki Tertarik dengan Wanita Yang Memahami

Lelaki cukup tertarik dengan sifat wanita yang memahami 
iaitu gerak batinnya kuat. Tak cakap banyak! Faham apa
 lelaki itu mahu contoh nak pergi tengok bola ke. Faham jangan 
nak main menunduh je cakap pergi mengorat si macha kedai mamak. 
7. Lelaki Suka Sifat Wanita yang Tidak Terlalu Cemburu

Nak cemburu boleh. Tapi cemburu itu biarlah sikit-sikit 
memang cun. Cemburu banyak-banyak sesak nafas weyh 
nak jawab . Biarlah bertempat. Ney sikit kau nak tuduh dia 
tu ini. Fedap le jantan tuh akhirnya. 
8. Lelaki Suka Wanita yang Menaikkan semangat lelaki

Dalam perkara ini lelaki memang suka akan wanita yang
 memberi dorongan iaitu menaikkan semangat si lelaki. Bukannya 
nak kondem sahaja apa yang lelaki itu buat. Sesekali bimbing 
mereka ke jalan yang benar :)
9. Lelaki tergoda dengan Wanita yang sejuk mata memandang

Lelaki cukup minat akan wanita yang sejuk mata memandang 
contoh ? cer contoh? Korang boleh fikir sendiri kan , Ingatlahhh , 
Sejahat jahat seorang lelaki, dia masih ingin seorang wanita 
yang Suci, Menutup Aurat, dan menjaga pergaulan nya 
mengikut batas. Be like that. XD
10. Ada kesamaan yang bermakna

Kesamaan yang bermakna ini contoh jika si lelaki itu minat
 Android korang pun minatlah Android haaa baru ada 
kesamaan betul tak? Jika si lelaki itu minat main bowling 
korang pun minat main bowling. Boleh ngedate di bowling bowl. 
Bukannya kesamaan dari segi fizikal bulu kaki ke. bermisai ke 
ape. Tu gila namanya kalau nak ikut dia. Macam ade Chemistry lahh :)
Itulah antara ciri wanita yg diidamkan lelaki yg soleh. Walau 
secantik mana pun kita kalau tak pandai menjaga batas 
pergaulan dan tak pandai menjaga diri tak mungkin 
anda tergolong dalam ciri2 idaman mereka.Wanita adalah 
sebahagian keindahan dunia.Kita dicipta untuk menghiasi 
bumi dan untuk dijadikan pasangan kepada kaum adam.
So,jagalah diri anda sebaik-baiknya.
# COPYPASTE


aku nak jadi macam senarai kat atas ni. tapi mungkin
perlukan perubahan sedikit demi sedikit
aku pun bukan baik mana pun , hanya mampu share
dan cuba cari kelemahan diri dan ubah ke arah
kebaikan . see you soon ! KBYEE ~




:* Gorgeous witty author : Senorita Bella