KASIH SAYANG MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

heyyyt ! HAHA , sedar tak sedar dah syawal 
kelapan kan ? HAHA :D memang pantas masa 
berlalu sekarang . posting kali niee aku cuma nak 
paparkan kasih sayang uhh ikut bulan kelahiran 
aku dengan si dia , abang sayang aku :3 

MAC

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.


Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. 
Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, 
jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan 
yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat 
peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat 
kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu 
membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang 
sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. 
Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi 
perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. 
Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm 
bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan 
baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

OGOS
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.


Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan 
mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu 
takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai 
memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga 
diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang 
yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah 
apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang 
tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin 
dan dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, 
hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh 
apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. 
Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan





:* Gorgeous witty author : Senorita Bella