
*gambar semata mata kayyy.
Hai hai blink blink. Apa yang berlaku dekat Lahad Datu sekarang?
Secara jujurnya, aku taktahu dari awalnya. Sebab aku tak tengok berita -.-
Gara gara, adik adik asyik layan cerita kartun memanjang. Eeeyyyaaaaai
*aku niee kadang kadang macam katak bawak tempurung besi tauu. Apa benda
jadik dekat luar sana, aku taktahu. Surat khabar punn aku takbaca. Huhu.
Dengar cerita, ada pencerobohan pendatang asing berlaku di sana.
Penceroboh Filipina ? Maybe. Maklum, tak paham sangat apa yang berlaku
sebenarnya. Dalang semua angkara niee berlaku? Aku taknak amek tahu
siapa. Sebab aku taknak melibatkan diri dalam isu politik. Aku belum
cukup umur lagi. Yeeeee ! Sangaat bolom *bahasa twin aku, suami dia yang
ajar bahasa niee :P Yang sangat pasti, ramai pejuang yang terkorban nak
selamatkan penduduk area sana. Mereka mahu pulihkan keadaan tapi
huhh, simpati dekat mereka sebab terkorban. Sokaayy, jihad fisabilillah !
Mati syahid dijamin syurga :'> Alhamdulillah. Aku doakan pejuang pejuang
kita tabah hadapi dugaan dekat sana, tidak berputus asa nak selamatkan
negara, pertahankan negara daripada belenggu kejahilan orang yang tak
BERTANGGUNGJAWAB *ehhh geraam pulak hati aku nieeee. Damn --'
Siapa yang menjadi punca benda niee berlaku, aku mohon gantung dia sampai
mati. Tembak jek senang. Orang macam niee tak sesuai hidup lama. Menjadi
perosak bangsa jek. Tak bersyukur betul dapat hidup dalam negara yang aman
macam niee. Nak jugaaa merasa peperangan. Pelik pelik -,- Hmmm.
Aku takmahu ulas panjang, aku doakan semua akan kembali seperti sediakala.
Amin :'> Post end. Kbhaaaaai. Selamat malam abelibadi *lambai tangan.