
Eheeem. Aku volunteer buatkan seloka kelas utk majalah
sch tahun niee. Silakan baca :)
Ahlan Wasahlan pembuka bicara,
Usik mengusik penghilang duka,
Sekadar hiburan usah terasa,
Kelas 5sains sentiasa ceria.
13 kumbang 26 bunganya,
Banyak karenah tidak terkata,
Cik Suryanti comel orangnya,
Guru kelas yang ‘sporting’ sentiasa.
Ketua efisen Muharan namanya,
Tok kadi muda itulah dia,
Amirul Hakim ‘assistant’ berwibawa,
Awas! Dia sudah berpunya.
Adaw kak long di kelas kami,
Siapa takbayar, heyy! jangan lari,
Zalila dan Atien famous sekali,
Almaklumlah, rempit sejati.
Acap dan Azri jejaka berseni,
Sorang bersongkok, sorang tinggi,
Jawatan pengawas baru diceburi,
Badrul Munir nama diberi.
Wei Heng dan Chia macam ‘blurr’,
Pasal perempuan pasang telinga,
Mendalam sedikit paham pula,
Mula timbul tanda tanya.
Yee Yong peramah dan baik hati,
Rakan baiknya memang serasi,
Runningman Korea gelaran diberi,
Itulah dia Yong si ‘speaky’.
Menyakitkan hati itulah karakternya,
Wong bahagia sepanjang masa,
Lai pula ‘always fun together’,
Asalkan pelajaran tidak dilupa.
Yeow dan Lim memang serasi,
Duduk bersebelah tak asing lagi,
Duduk bersebelah tak asing lagi,
Cuba teka siapa lebih tinggi?
Eheem, lu pikir lah sendiri.
Berkisah pula Meen dan Cina,
Karakter mereka memang berbeza,
Cina budak yang gila kamera,
Meen pula belajar tak kira masa.
Ummu perangainya yang gila gila,
Tak lupa Bella yang huru hara,
Farani ceria, Illiyin pula setia,
Kami UIBF sentiasa bersama.
Orang JB datang ke Melake,
Siapa ye? Farahin Amin le,
Anak Muzi pula keningnya bertanda,
Sekali pandang, wow! Takut gila!
Nad dan Shida kamceng gila,
Dua-duanya duduk di hujung dunia,
Rakan baik mereka takkan dilupa,
Itulah Jaja sudah berpunya.
Orangnya comel genit sekali,
Syera Halim empunya diri,
Alia pula sunyi menyepi,
Pelajar baru di kelas kami.
Jiha dan Aimi berkawan rapat,
Duduk di depan tepi pintu,
Jiha pula suka menyakat,
Aimi Nabilah orangnya ayu.
Atie dan Zalina bersatu hati,
Bff forever riang sekali,
Khoo dan Tang sama tinggi,
Umpama merpati dua sejoli.
Berbaju biru setiap hari,
Insyirah pengawas kelas kami,
Farzana dibawa ke mana pergi,
‘Always’ bersama tak jemu disisi.
Ini cerita pasal Tqah Zam,
‘Homework’ dia ramai nak pinjam,
Kulitnya putih cerah sekali,
Tkah Khai lah siapa lagi.
Ampun maaf mohon dipinta,
Memuji mengutuk tidak sengaja,
2012 2013 memori tercipta,
Pasti dikenang setiap masa.
Sekian sahaja bicara kami,
GBS ingin mengundurkan diri,
9A+ matlamat utama kami,
Mohon doa agar diberkati.